JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

Rabu, 14 Disember 2011

UPGRADE WIFI

Salam..


Shah Jehan Housestay akan menjalankan sistem kemaskini bagi mempertingkatkan kelajuan dan signal wireless WIFI di kawasan kami. Ini dilakukan demi kepuasan pelanggan. InsyaAllah kerja2 pemasangan WIFI selesai pada minggu ini. 


Para pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma dengan mendapatkan nombor paswordnya dari admin. tqvm 

Sabtu, 26 November 2011

Tempahan November Disember

Assalamualikum..

 wow. tempahan kami terima setakat November dan Disember macam goreng pisang panas. Maaf. admin sampai tak sempat nak update dalam jadual travel log kat blog ni. untuk rumah dan waktu yang kosong boleh terus berhubung dengan : 

encik aziz : 0107890101
Puan Zurina : 0196131990

atau terus ke shah jehan housestay untuk tempahan ofline. 

Ahad, 23 Oktober 2011

JANGAN KELIRU

Adalah dimaklumkan bahawa Shah Jehan House Stay berbeza dengan konsep penginapan ala desa HOMESTAY. Syarikat kami juga didaftarkan sebagai penginapan ala hotel. Kami hanya menyediakan penginapan rumah pada para pelanggan tanpa mengguna pakai konsep HOMESTAY yang bermalam dengan tuan rumah serta makan dan minum disediakan. Aktiviti pelanggan adalah bebas dan tidak mengikut sebarang jadual aktiviti seperti konsep HOMESTAY.

Ini bagi mengelakkan beberapa kekeliruan bagi pengurusan Homestay yang sebenar. Syarikat kami berdaftar dengan SSM dan PBT. 

Terima kasih.

Dari pengurusan Shah Jehan Housestay.

Jumaat, 2 September 2011

WIN WIN SITUATION



Assalamualikum w.b.t dan salam syawal.


Terima kasih diucapkan pada para pelanggan yang dihormati. Sepanjang awal syawal ini tempahan adalah memuaskan. Namun Pengurusan Housestay ingin mengingatkan pada para bakal tempahan agar membuat bayaran deposit dalam tempoh 1 hari dari tempahan anda lakukan.


Sekiranya gagal berbuat demikian, maka kami terpaksa membuka tempahan tersebut pada orang lain yang sedia menjelaskan deposit secara transfer bank in atau dibayar tunai dengan datang sendiri ke Shah jehan House Stay. .


 Kami juga suka mengingatkan pada bakal penempah adalah dimaklumkan setiap rumah yang ingin di booking adalah RM100.00 bagi setiap unit. TIADA DISKAUN DEPOSIT DAPAT DIBERIKAN. Bakal penempah hanya perlu membayar baki bayaran selepas kunci rumah diserahkan pada anda.


Sila ambil maklum tentang perkara ini bagi mengelakkan sebarang masalah di pihak anda mahupun di pihak kami. Ini bagi mengelakkan kerugian bagi kedua-dua pihak. Sebarang maklum balas bolehlah hubungi pengurusan di talian yang disediakan.


SHAH JEHAN HOUSESTAY. PENGINAPAN HOUSESTAY TERUNGGUL.


Rabu, 17 Ogos 2011

Tempahan hampir penuh semasa Aidilfitri

Salam semua..

Admin ingin memaklumkan bahawa tempahan Aidilfitri bagi penginapan di Shah Jehan House Stay hampir penuh. Pihak Admin sering menerima panggilan telefon dari bakal pelanggan yang bertanya pada waktu cuti umum Aidilfitri ini.







Berikut dinyatakan unit yang MASIH KOSONG berserta tarikh penginapan yang available :


29 Ramadhan @ 29 Ogos 2011

  • Ma'wa ( 3 bilik)
  • Naim ( 3 bilik)
Dukacita dimaklumkan bahawa tempahan pada hari raya kedua dan ketiga bagi semua unit adalah penuh.
PENUH ( 2& 3 Syawal 1432 @ 31 ogos dan 1 September 2011)





click to create your own

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah hubungi Encik Aziz atau Puan Zurina seperti nombor yang tertera. Semoga Ramadhan kali ini memberi pengertian lebih sempurna buat kita hendaknya.Amin 

 HARI RAYA PERTAMA TEMPAHAN DITUTUP.


Isnin, 18 Julai 2011

Syaaban yang menelusuri hari

Salam semua..


Sedar tak sedar bulan Syaaban sudah masuk hampir setengah bulan qamariah 1432h. Malam tadi pertandingan bacaan al-qur'an peringkat antarabangsa telah berkumandang di PWTC. menandakan hampir tibalah kite pada bulan yang mane ade satu malam lebih baik dari 1000 bulan.


Pihak shah Jehan Housestay berbesar hati sekiranye sambutan ramadhan anda kali ini diserikan di tempat kami. ade banyak bazar ramadhan yang hampir dengan rumah rehat ini serta masjid dan surau bagi menunaikan ibadah tarawikh di malam hari. 



buat tempahan awal bagi mengelakkan kesesakan di akhir ramadhan ini.

Selamat beramal...

Ahad, 26 Jun 2011

Booking untuk Hari lebaran akan tiba.

Salam semua..


Ramadhan bakal mengintai lagi mengetuk hati2 insan mukmin yang mendambakan bulan Maghfirah dan keampunan dari Allah ini. Seusai itu berhaklah umat Islam untuk meraikan hari kemenangan tersebut. Justeru itu pihak Shah Jehan House Stay masih lagi membuka tempahan untuk hari lebaran akan tiba ini. Masih terdapat lagi beberapa kekosongan unit.

 Dijangkakan umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tanggal 30 atau 31 Ogos 2011 ini. Jadi kepada sesiapa yang berminat dan ingin mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai berdekatan area Sungai Besar dan kawasan Sabak bernam, silalah terus hubungi kami untuk tempahan. 


Shah Jehan Housestay mendapat khabar dari rakan homestay yang lain di kawasan ini bahawa banyak tempat telah penuh. Maka pilihan yang tepat jika anda memilih Shah Jehan House Stay sebagai rumah singgahan anda mahupun dijadikan rumah untuk para tetamu anda berkunjung tiba. 

Unit yang masih kosong lagi :  ( Setakat catatan ini ditulis)

  1. Naim ( 3 bilik)
  2. Ma'wa ( 3 bilik )
  3. Darul Muqamah ( 2 bilik)
  4. Muqammul Amin ( 2 bilik) 
Jadi usah berlengah lagi. Segera buat keputusan bijak.dijangka dalam bulan Ramadhan ini tempahan kemungkinan besar akan penuh. Salam buat para semua. :)



Selasa, 31 Mei 2011

100% lantai interlocking

 Salam pada para bakal pelanggan yang dihormati,

Demi keselesaan anda menginap di sini, pihak Shah Jehan House Stay telah menyediakan ruang jalan atau lantai di sekitar Shahjehan Housestay dengan menggunakanbatu interlocking, lebih cantik,selesa dan sejuk mata memandang, Kala unak berjoging atau berlari-lari anak pun memang takde masalah.



Demi keselamatan
  
Suasanan sebenar ala desa berkonsep bandar



Kehadiran anda dinanti


Sabtu, 9 April 2011

Pelan dalaman Housestay



Salam semua..

atas permintaan ramai yang menghubungi kami, ingin bertanya bagaimana as built plan bangunan yang terdapat di Shah jehan Housestay termasuk susun atur bilik,ruang tamu,dapur dan bilik air. maka di sini disertakan sekali pelan dalaman bangunan setiap unit. Untuk kedudukan susun atur perabot dan ciri-ciri lain,anda bolehlah klik di setiap halaman unit penginapan. Terima kasih.

Pelan Keseluruhan Bangunan Shah jehan Housestay. 
Klik untuk paparan lebih jelas pada imej gambar.    



Unit Rumah 3 bilik.
 


 
Unit Rumah 2 bilik

  


1 unit Chalet



Semoga anda beroleh maklumat yang lebih lengkap tentang penginapan di sini. insyaALLAH. :)

Ahad, 3 April 2011

Perakuan Pendaftaran Perniagaan


KLIK PAPARAN UNTUK LEBIH JELAS.

 Perakaun dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Berdaftar sehingga 16 Disember 2015
No Syarikat : SA0174871-X

 


Lesen Perniagaan dari Majlis Daerah Sabak Bernam Selangor
Lesen sehingga 8 Mac 2012
No.akauan Lesen MDSB : 05040100100327
 


Sokongan Keselamatan Bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Tarikh keluaran surat 11 Januari 2011. 
Pemasangan Pili bomba, fire extinguisher


Justeru itu, para pelanggan usah khuatir lagi tentang status perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat Shah Jehan Services ini. Namun, keselamatan dan nyawa para tetamu adalah tanggungjawab sendiri. Pihak Shah Jehan Services tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kemalangan, kehilangan atau kematian sepanjang menginap di sini. Selamat datang diucapkan buat bakal para tetamu yang dihargai.

Jumaat, 25 Mac 2011

Tahniah pada Graduan Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam

Alhamdulillah.. Tahniah..tahniah..tahniah..



Tahniah pada semua graduan2 dari Politeknik Sabak yang bakal menerima diploma mereka hari esok ( Sabtu 26hb Mac 2011 ) dan juga pada hari ( Ahad 27 Mac 2011) ini. Shah Jehan menerima banyak tempahan dari ahli keluarga dan tidak kurang juga dari siswazah Politeknik sendiri.


 Politeknik Sabak Bernam

Bersyukur kami tak terhingga kerana tempahan pada hari Jumaat dan sabtu ini hampir penuh keseluruhannya. Malah pihak Shah Jehan House stay terpaksa menolak banyak panggilan telefon yang ingin menginap pada tarikh tersebut. 


Jadi kami meminta pada bakal pelanggan yang kami hormati, dapatlah membuat tempahan seminggu lebih awal sebelum menginap ye. Bolehlah kami sediakan ape-ape keperluan dan persiapan rapi bagi menyambut kehadiran anda, sahabat handai serta ahli keluarga tetamu.


Salam mesra dari kami di Shah Jehan House Stay Sungai Besar. :-)

Selasa, 15 Mac 2011

Kenali Shah Jehan House Stay




Salam semua..

Shah Jehan House Stay terletak betul2 dalam pinggir pekan Sungai Besar, Sekiranya anda melalui Jalan Utama yang menghubungkan KL-Teluk Intan, anda pasti akan melalui pekan sungai Besar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam. Sign board besar kami betul2 depan signboard "SUNGAI BESAR". Terletak sebelum persimpangan lampu Isyarat Perodua Sungai Besar.

Sign board utama. mudah dilihat dari bahu jalan besar KL-Teluk Intan.

Segera hubungi kami untuk tempahan

 Terletak setentang dengan signboard SUNGAI BESAR


 Banyak keistimewaan yang terdapat pada rumah penginapan ini. Rata-rata pelanggan yang menginap di sini tertarik kerana begitu hampir dengan pelbagai kemudahan urusan mereka seperti jabatan,bank , kedai makan dan pusat ekonomi Jelapang padi Selangor ini.

See again !

 Lampu Isyarat utama di persimpangan Perodua & Petronas menghala ke Teluk Intan.

Pandangan dari arah menghala ke KL. sebelum CT Tomyam


Shah Jehan House Stay sedia menerima jemputan tetamu yang melebihi dari 80-100 orang pada satu-satu masa, InsyaAllah kami sedaya upaya cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan tercinta. Bagi mereka yang inginkan suasana sebenar Home Stay, kami di sini sedia memberikan perkhidmatan seperti pemandu pelancong, inap desa dan merasai suasana sebenar kehidupan di desa.

Sayup,nampak jalan utama.masuk ke lorong Shah Jehan House Stay.   


Suasana redup menghala 10 meter ke Shah Jehan House Stay. Suasana ala dusun di jalan utama pekan Sungai Besar !

Pondok pengawal sebelum masuk ke Shah Jehan House Stay. Laporkan diri untuk pertanyaan.

WELCOME TO SHAH JEHAN HOUSE STAY SUNGAI BESAR.

Semoga, penginapan anda disini meninggalkan memori yang manis untuk dikenang sepanjang hayat. Sekiranya terdapat kekurangan pada perkhidmatan ditawarkan oleh Shah Jehan House Stay,sila laporkan pada kami untuk tindakan segera. Segala komen membina anda sangat kami alu-alukan. 

 SHAH JEHAN HOUSE STAY. RASAKAN KELAINANNYA.

Jumaat, 4 Mac 2011

Mengenai Shah Jehan House Stay

Assalamualaikum..



Selamat datang  dan terima kasih kerana sudi melayari blog Shah Jehan House stay. Shah Jehan House stay terletak di barat Laut Negeri Selangor, atau lebih tepat di dalam daerah Sabak Bernam Selangor. Shah Jehan House stay beroperasi di dalam kawasan DUN Sungai Besar , Sabak Bernam.. kira-kira 100km dari bandaraya Kuala Lumpur atau 60km dari Bandar Teluk Intan Perak. Daerah ini terkenal dengan aktiviti pertanian dan pekan Sungai Besar nya merupakan nadi utama pembangunan yang sangat pesat dalam bidang perniagaan dan pemasaran.


View Larger Map

View Larger Map

Shah Jehan House stay berada di lokasi yang amat strategik, tidak jauh dari jalan besar Klang-Teluk Intan yang merupakan jalan utama dan nadi utama pengangkutan darat di kawasan pantai barat Malaysia. Papan tanda Shah Jehan House stay boleh dilihat dengan jelas di tepi jalan utama di daerah ini. Hanya kira-kira 2 minit dari Pekan Sungai Besar.


View Larger Map

View Larger Map

Shah Jehan House stay sangat sesuai dijadikan lokasi persinggahan seisi keluarga mahupun pemandu-pemandu yang inginkan kerehatan selepas penat memandu dalam jarak perjalanan yang jauh. Shah Jehan House stay mengalu-alukan tempat buat mereka yang ingin bertandang seperti majlis pertunangan, pernikahan, konvensyen, kursus, perkahwinan, melancong, berekreasi, gathering, konvokesyen atau apa saja, di sinilah tempatnya.


Lokasi hanya beberapa KM ke Bandar Sungai Besar dan ke Bandar Sabak Bernam. MDSB, pejabat-pejabat kerajaan, masjid, balai polis, balai bomba, Hospital Sabak Bernam, Politeknik Sultan Idris Shah, Institut Perakaunan Negara ( IPN ), Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sungai Lang, pantai Sungai Haji Dorani, dan pelbagai lagi agensi penting bertapak di kawasan ini.


View Larger Map

View Larger Map

Jangan berlengah lagi. Silalah berkunjung ke Shah Jehan House stay, House stay Shah Jehan agak unik jika dibandingkan dengan beberapa Rumah tumpangan atau hotel di kawasan sekitarnya, di mana ia terletak dalam kawasan berpagar 100 %, tenteram, berpengawal keselamatan, mempunyai pejabat urusan, 7 buah unit pilihan anda sehingga boleh memuatkan seramai 80 orang pada satu-satu masa, gelanggang badminton dengan spot light, ,dan pelbagai lagi keselesaan yang boleh anda nikmati di sini.

Hubungi segera Encik Aziz di talian : 010 7890101 atau Pn.Zurina : 019 6131990.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...