Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-14
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kami di Shah Jehan Housestay menjunjung kasih Tuanku!
Tanggal 11 April 2012, Rabu, Malaysia mencatatkan sejarah
apabila Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul
Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilantik menjadi
Yang Di-pertuan Agong buat kali ke-2 untuk menjadi YDPA ke-14.
Tuanku Abdul Halim merupakan sultan dan raja bagi negeri Kedah Darul Aman.
Baginda pertama kali menjadi YDPA adalah pada tahun 1970 sehinggalah
1975 pada usia 42 tahun. Pada masa itu PM adalah Tun Abdul Razak.
Kini, baginda menjadi YDPA pada tahun 2012, selepas 4 dekad pada usia 84
tahun. Menariknya, PM adalah anak kepada Tun Abdul Razak, iaitu Datuk
Seri Najib Razak.
Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan
kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri
masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang
Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet
dan isteri masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan