JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

Ahad, 26 Jun 2011

Booking untuk Hari lebaran akan tiba.

Salam semua..


Ramadhan bakal mengintai lagi mengetuk hati2 insan mukmin yang mendambakan bulan Maghfirah dan keampunan dari Allah ini. Seusai itu berhaklah umat Islam untuk meraikan hari kemenangan tersebut. Justeru itu pihak Shah Jehan House Stay masih lagi membuka tempahan untuk hari lebaran akan tiba ini. Masih terdapat lagi beberapa kekosongan unit.

 Dijangkakan umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tanggal 30 atau 31 Ogos 2011 ini. Jadi kepada sesiapa yang berminat dan ingin mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai berdekatan area Sungai Besar dan kawasan Sabak bernam, silalah terus hubungi kami untuk tempahan. 


Shah Jehan Housestay mendapat khabar dari rakan homestay yang lain di kawasan ini bahawa banyak tempat telah penuh. Maka pilihan yang tepat jika anda memilih Shah Jehan House Stay sebagai rumah singgahan anda mahupun dijadikan rumah untuk para tetamu anda berkunjung tiba. 

Unit yang masih kosong lagi :  ( Setakat catatan ini ditulis)

  1. Naim ( 3 bilik)
  2. Ma'wa ( 3 bilik )
  3. Darul Muqamah ( 2 bilik)
  4. Muqammul Amin ( 2 bilik) 
Jadi usah berlengah lagi. Segera buat keputusan bijak.dijangka dalam bulan Ramadhan ini tempahan kemungkinan besar akan penuh. Salam buat para semua. :)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...