JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

LOKASI

Selamat datang  dan terima kasih kerana sudi melayari blog Shah Jehan House stay. 


Shah Jehan House stay terletak di barat Laut Negeri Selangor, atau lebih tepat di dalam daerah Sabak Bernam Selangor. Shah Jehan House stay beroperasi di dalam kawasan DUN Sungai Besar , Sabak Bernam.. kira-kira 100km dari bandaraya Kuala Lumpur atau 60km dari Bandar Teluk Intan Perak. Daerah ini terkenal dengan aktiviti pertanian dan pekan Sungai Besar nya merupakan nadi utama pembangunan yang sangat pesat dalam bidang perniagaan dan pemasaran.

Terletak di Daerah Sabak Bernam , Selangor Darul Ehsan.


Shah Jehan lebih tepatnya berada di Pekan Sungai Besar, Sabak Bernam Selangor


BESARKAN GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS







Shah Jehan House stay berada di lokasi yang amat strategik, tidak jauh dari jalan besar Klang-Teluk Intan yang merupakan jalan utama dan nadi utama pengangkutan darat di kawasan pantai barat Malaysia. Papan tanda Shah Jehan House stay boleh dilihat dengan jelas di tepi jalan utama di daerah ini. Hanya kira-kira 2 minit dari Pekan Sungai Besar.


Shah Jehan House stay sangat sesuai dijadikan lokasi persinggahan seisi keluarga mahupun pemandu-pemandu yang inginkan kerehatan selepas penat memandu dalam jarak perjalanan yang jauh. Shah Jehan House stay mengalu-alukan tempat buat mereka yang ingin bertandang seperti majlis pertunangan, pernikahan, konvensyen, kursus, perkahwinan, melancong, pengambaran drama dan filem, berekreasi, gathering, konvokesyen atau apa saja, di sinilah tempatnya.


Lokasi hanya beberapa KM ke Bandar Sungai Besar dan ke Bandar Sabak Bernam. MDSB, pejabat-pejabat kerajaan, masjid, balai polis, balai bomba, Hospital Sabak Bernam, Politeknik Sultan Idris Shah, Institut Perakaunan Negara ( IPN ), Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sungai Lang, pantai Sungai Haji Dorani, dan pelbagai lagi agensi penting bertapak di kawasan ini.



Jangan berlengah lagi. Silalah berkunjung ke Shah Jehan House stay, House stay Shah Jehan agak unik jika dibandingkan dengan beberapa Rumah tumpangan atau hotel di kawasan sekitarnya, di mana ia terletak dalam kawasan berpagar 100 %, tenteram, berpengawal keselamatan, mempunyai pejabat urusan, 7 buah unit pilihan anda sehingga boleh memuatkan seramai 80 orang pada satu-satu masa, gelanggang badminton dengan spot light, ,dan pelbagai lagi keselesaan yang boleh anda nikmati di sini.


Hubungi 

ENCIK ZUL : 0132010062

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...