JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

Jumaat, 20 April 2012

Daulat Tuanku

Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke-14

 Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
 
 Kami di Shah Jehan Housestay menjunjung kasih Tuanku! 

Tanggal 11 April 2012, Rabu, Malaysia mencatatkan sejarah apabila Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dilantik menjadi Yang Di-pertuan Agong buat kali ke-2 untuk menjadi YDPA ke-14. 
Tuanku Abdul Halim merupakan sultan dan raja bagi negeri Kedah Darul Aman.
Baginda pertama kali menjadi YDPA adalah pada tahun 1970 sehinggalah 1975 pada usia 42 tahun. Pada masa itu PM adalah Tun Abdul Razak.
Kini, baginda menjadi YDPA pada tahun 2012, selepas 4 dekad pada usia 84 tahun. Menariknya, PM adalah anak kepada Tun Abdul Razak, iaitu Datuk Seri Najib Razak.
Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.
 
 
 1970 (42 tahun)                                                 2012 (84 tahun)

Inilah baginda Yang Di-pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada era yang berbeza.
Daulat Tuanku! 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...