JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

JOM MENGINAP DI SHAHJEHAN HOUSESTAY

Jumaat, 25 Mac 2011

Tahniah pada Graduan Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam

Alhamdulillah.. Tahniah..tahniah..tahniah..



Tahniah pada semua graduan2 dari Politeknik Sabak yang bakal menerima diploma mereka hari esok ( Sabtu 26hb Mac 2011 ) dan juga pada hari ( Ahad 27 Mac 2011) ini. Shah Jehan menerima banyak tempahan dari ahli keluarga dan tidak kurang juga dari siswazah Politeknik sendiri.


 Politeknik Sabak Bernam

Bersyukur kami tak terhingga kerana tempahan pada hari Jumaat dan sabtu ini hampir penuh keseluruhannya. Malah pihak Shah Jehan House stay terpaksa menolak banyak panggilan telefon yang ingin menginap pada tarikh tersebut. 


Jadi kami meminta pada bakal pelanggan yang kami hormati, dapatlah membuat tempahan seminggu lebih awal sebelum menginap ye. Bolehlah kami sediakan ape-ape keperluan dan persiapan rapi bagi menyambut kehadiran anda, sahabat handai serta ahli keluarga tetamu.


Salam mesra dari kami di Shah Jehan House Stay Sungai Besar. :-)

Selasa, 15 Mac 2011

Kenali Shah Jehan House Stay




Salam semua..

Shah Jehan House Stay terletak betul2 dalam pinggir pekan Sungai Besar, Sekiranya anda melalui Jalan Utama yang menghubungkan KL-Teluk Intan, anda pasti akan melalui pekan sungai Besar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam. Sign board besar kami betul2 depan signboard "SUNGAI BESAR". Terletak sebelum persimpangan lampu Isyarat Perodua Sungai Besar.

Sign board utama. mudah dilihat dari bahu jalan besar KL-Teluk Intan.

Segera hubungi kami untuk tempahan

 Terletak setentang dengan signboard SUNGAI BESAR


 Banyak keistimewaan yang terdapat pada rumah penginapan ini. Rata-rata pelanggan yang menginap di sini tertarik kerana begitu hampir dengan pelbagai kemudahan urusan mereka seperti jabatan,bank , kedai makan dan pusat ekonomi Jelapang padi Selangor ini.

See again !

 Lampu Isyarat utama di persimpangan Perodua & Petronas menghala ke Teluk Intan.

Pandangan dari arah menghala ke KL. sebelum CT Tomyam


Shah Jehan House Stay sedia menerima jemputan tetamu yang melebihi dari 80-100 orang pada satu-satu masa, InsyaAllah kami sedaya upaya cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan tercinta. Bagi mereka yang inginkan suasana sebenar Home Stay, kami di sini sedia memberikan perkhidmatan seperti pemandu pelancong, inap desa dan merasai suasana sebenar kehidupan di desa.

Sayup,nampak jalan utama.masuk ke lorong Shah Jehan House Stay.   


Suasana redup menghala 10 meter ke Shah Jehan House Stay. Suasana ala dusun di jalan utama pekan Sungai Besar !

Pondok pengawal sebelum masuk ke Shah Jehan House Stay. Laporkan diri untuk pertanyaan.

WELCOME TO SHAH JEHAN HOUSE STAY SUNGAI BESAR.

Semoga, penginapan anda disini meninggalkan memori yang manis untuk dikenang sepanjang hayat. Sekiranya terdapat kekurangan pada perkhidmatan ditawarkan oleh Shah Jehan House Stay,sila laporkan pada kami untuk tindakan segera. Segala komen membina anda sangat kami alu-alukan. 

 SHAH JEHAN HOUSE STAY. RASAKAN KELAINANNYA.

Jumaat, 4 Mac 2011

Mengenai Shah Jehan House Stay

Assalamualaikum..



Selamat datang  dan terima kasih kerana sudi melayari blog Shah Jehan House stay. Shah Jehan House stay terletak di barat Laut Negeri Selangor, atau lebih tepat di dalam daerah Sabak Bernam Selangor. Shah Jehan House stay beroperasi di dalam kawasan DUN Sungai Besar , Sabak Bernam.. kira-kira 100km dari bandaraya Kuala Lumpur atau 60km dari Bandar Teluk Intan Perak. Daerah ini terkenal dengan aktiviti pertanian dan pekan Sungai Besar nya merupakan nadi utama pembangunan yang sangat pesat dalam bidang perniagaan dan pemasaran.


View Larger Map

View Larger Map

Shah Jehan House stay berada di lokasi yang amat strategik, tidak jauh dari jalan besar Klang-Teluk Intan yang merupakan jalan utama dan nadi utama pengangkutan darat di kawasan pantai barat Malaysia. Papan tanda Shah Jehan House stay boleh dilihat dengan jelas di tepi jalan utama di daerah ini. Hanya kira-kira 2 minit dari Pekan Sungai Besar.


View Larger Map

View Larger Map

Shah Jehan House stay sangat sesuai dijadikan lokasi persinggahan seisi keluarga mahupun pemandu-pemandu yang inginkan kerehatan selepas penat memandu dalam jarak perjalanan yang jauh. Shah Jehan House stay mengalu-alukan tempat buat mereka yang ingin bertandang seperti majlis pertunangan, pernikahan, konvensyen, kursus, perkahwinan, melancong, berekreasi, gathering, konvokesyen atau apa saja, di sinilah tempatnya.


Lokasi hanya beberapa KM ke Bandar Sungai Besar dan ke Bandar Sabak Bernam. MDSB, pejabat-pejabat kerajaan, masjid, balai polis, balai bomba, Hospital Sabak Bernam, Politeknik Sultan Idris Shah, Institut Perakaunan Negara ( IPN ), Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sungai Lang, pantai Sungai Haji Dorani, dan pelbagai lagi agensi penting bertapak di kawasan ini.


View Larger Map

View Larger Map

Jangan berlengah lagi. Silalah berkunjung ke Shah Jehan House stay, House stay Shah Jehan agak unik jika dibandingkan dengan beberapa Rumah tumpangan atau hotel di kawasan sekitarnya, di mana ia terletak dalam kawasan berpagar 100 %, tenteram, berpengawal keselamatan, mempunyai pejabat urusan, 7 buah unit pilihan anda sehingga boleh memuatkan seramai 80 orang pada satu-satu masa, gelanggang badminton dengan spot light, ,dan pelbagai lagi keselesaan yang boleh anda nikmati di sini.

Hubungi segera Encik Aziz di talian : 010 7890101 atau Pn.Zurina : 019 6131990.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...