Salam semua..
Shah Jehan House Stay terletak betul2 dalam pinggir pekan Sungai Besar, Sekiranya anda melalui Jalan Utama yang menghubungkan KL-Teluk Intan, anda pasti akan melalui pekan sungai Besar yang terletak dalam daerah Sabak Bernam. Sign board besar kami betul2 depan signboard "SUNGAI BESAR". Terletak sebelum persimpangan lampu Isyarat Perodua Sungai Besar.
Sign board utama. mudah dilihat dari bahu jalan besar KL-Teluk Intan.
Segera hubungi kami untuk tempahan
Terletak setentang dengan signboard SUNGAI BESAR
Banyak keistimewaan yang terdapat pada rumah penginapan ini. Rata-rata pelanggan yang menginap di sini tertarik kerana begitu hampir dengan pelbagai kemudahan urusan mereka seperti jabatan,bank , kedai makan dan pusat ekonomi Jelapang padi Selangor ini.
See again !
Lampu Isyarat utama di persimpangan Perodua & Petronas menghala ke Teluk Intan.
Pandangan dari arah menghala ke KL. sebelum CT Tomyam
Shah Jehan House Stay sedia menerima jemputan tetamu yang melebihi dari 80-100 orang pada satu-satu masa, InsyaAllah kami sedaya upaya cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan tercinta. Bagi mereka yang inginkan suasana sebenar Home Stay, kami di sini sedia memberikan perkhidmatan seperti pemandu pelancong, inap desa dan merasai suasana sebenar kehidupan di desa.
Sayup,nampak jalan utama.masuk ke lorong Shah Jehan House Stay.
Suasana redup menghala 10 meter ke Shah Jehan House Stay. Suasana ala dusun di jalan utama pekan Sungai Besar !
Pondok pengawal sebelum masuk ke Shah Jehan House Stay. Laporkan diri untuk pertanyaan.
WELCOME TO SHAH JEHAN HOUSE STAY SUNGAI BESAR.
Semoga, penginapan anda disini meninggalkan memori yang manis untuk dikenang sepanjang hayat. Sekiranya terdapat kekurangan pada perkhidmatan ditawarkan oleh Shah Jehan House Stay,sila laporkan pada kami untuk tindakan segera. Segala komen membina anda sangat kami alu-alukan.
SHAH JEHAN HOUSE STAY. RASAKAN KELAINANNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan